Ahad, 8 April 2012

Aktiviti Hujung Minggu

 Doh yang dah siap diletakkan topping...sedia untuk dibakar

Mexico Bun/Papa Roti yang siap dibakar...

Resepi Mexico Bun/Papa Roti

Filling :
200 gm mentega
1/2 camt esen vanila
70  gm gula perang

cara-cara :
Pukul mentega dengan mixer dengan kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila & gula perang. Pukul lagi hingga sebati. Kemudian simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan. 

Topping :
100 gm mentega
80   gm gula icing
2     biji telur gred B (pukul sedikit dengan garpu)
1     camb nescafe (dibancuh dengan 1/2 camb air panas)
100 gm tepung gandum

cara-cara :
Putar mentega dengan kelajuan sederhana beberapa minit hingga kembang sidikit. Perlahan-lahan masukkan telur,gula icing & bancuhan nescafe. Ayak tepung, masukkan ke dalam adunan dan putar pada kelajuan sederhana sehingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk.

Doh Roti :
500 gm tepung gandum/ tepung berprotin tinggi - diayak
2     camt bread improver
2     camt bread softener
75   gm gula castor
3     camt yis mauripan
1     camt garam
1     biji telur - dipukul sedikit
250 ml susu segar
60   gm mentega

Cara-cara :
Tepung, garam dan gula digaul rata didalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver, bread softener dan digaul rata. Masukkan telur dan susu segar. Uli adunan hingga menjadi doh. Masukkan mentega kemudian uli lagi hingga adunan menjadi kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10-15 minit.

Bahagikan doh kepada 20 bola kecil (sebesar bola golf) dan tutup dengan cling wrap selama 10 minit. Leperkan doh di tapak tangan kemudian masukkan filling dan tutup rapat supaya ia tidak meleleh keluar sewaktu doh di bakar.

Susun doh di atas loyang yang dilenser dengan mentega/tepung. Jarakkan dalam 1 1/2 inci anatara satu sama lain. Rehatkan 45 minit ditempat yang agak panas (warm). Selepas 45 minit, keluarkan topping dari peti ais, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari top centre.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga bun keperangan. 

**** Kepada ibu-ibu yang anak-anak gemarkan Papa Roti/Mama Roti...boleh cuba resepi ni, mudah je..kalau nak beli satu RM 1.80 Buat sendiri anak-anak boleh makan puas-puas. My hubby pun puji...sedap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan