Ahad, 29 April 2012

Kuih Jongkong

Kuih Jongkong yerr....bukan jongkong emas!

Kuih jongkong berasal dari Pulau Pinang. Walaupun aku orang Kedah...mak selalu buat kuih ni masa aku kecik2 dulu. Bila dah besar memang suka kuih ni.Kuih ni susah nak cari orang jual, jadi kalau mengidam nak makan kuih ni kenalah buat sendiri. Kuih ni macam2 versi kalau kita jumpa, ada yg pakai gula melaka, ada yang pakai gula putih, kaedah membuatnyer pun tak sama. Ada orang buat dengan kaedah masak dulu tepung, kemudian baru masukkan ke dalam daun pisang. Tapi resepi dari mak turun temurun..tak perlu masak bancuhan tepung...terus jer masuk dalam daun pisang, memang mudah. Apa yang penting daun pisang kena betul-betul dalam keadaan baik, tak ada lubang supaya tak bocor.

Resepi Kuih Jongkong

Bahan-bahan :-

1 cawan tepung beras
1 sudu kecil tepung jagung
3 cawan air pandan
1 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan
secubit garam
Daun Pisang secukupnya

Inti :-

Gula pasir secukupnya ( Kalau saya cuma letak 1/2 sudu kecil, kalau yang suka makan manis boleh lebihkan gula)

Cara-cara

Buat kelonsong daun pisang dahulu (seperti dalam gambar) kemudian adun semua bahan hingga sebati. Masukkan 3 senduk adunan kemudian masuk gula pasir dan cucuk daun pisang dengan lidi. Susun dalam keadaan menegak dalam dulang supaya adunan tidak tumpah. Setelah selesai semuanya bolehlah dikukus selama 15-20 minit.




Selasa, 17 April 2012

Daging Bakar ...Cecah Air Asam

Marvelous...menu tengahari. Boleh dapatkan di tapak Gerai Nasi Lemak Kukus Tong Kayu (Berhampiran Desasiwa USM,Taman Ilmu). Jualan nasi tengahari beroperasi dari 11.00 pagi-3.00 petang

Resepi Daging Bakar Berempah

1 kg Daging
3 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
7 tangkai cili kering*
2 batang serai*
1 sudu kecil lada hitam (dimesin kasar)
1 susu kecil sos Lea & Perrins.
Sedikit gula & garam
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu besar madu
(bahan yang bertanda * perlu dikisar)

Cara-cara 

1.  Potong daging mengikut kesukaan masing2.
2.  Perap semalaman bersama bahan2 tadi.
3.  Bakar daging sehingga masak..

Selamat mencuba!

Khamis, 12 April 2012

Kuih Seri Ayu/Puteri Ayu



Kuih ni kegemaran aku masa kecik2 dulu.....sekarang anak2 pun suka makan kuih ni.


Resepi Seri Ayu
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cawan gula (saya pakai gula castor sebab x manis sangat)
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 camt ovellete
1 camt perisa pandan
1 camt pewarna hijau
kelapa putih + sedikit tepung gandum + garam


Cara-cara
  1. Gaul gula bersama ovellete sampai sebati, kemudian pukul bersama telur dengan kelajuan tinggi sehingga betul-betul gebu kemudian perlahankan kelajuan mixer.
  2. Masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna. Pukul hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
  3. Isikan sedikit kelapa putih dalam acuan, mampatkan kemudian tuang adunan. Kukus selama lebih kurang 7-10 minit.

Isnin, 9 April 2012

Resepi Tairu

Bahan-bahan :
1 cawan susu cair
4-5 camb jus limau nipis/kasturi
cara-cara :
Masukkan jus limau ke dalam susu cair, jangan digaul dan biarkan ia naik sendiri. Sesuai untuk masakan ayam masak merah. Selamat mencuba!

Ahad, 8 April 2012

Aktiviti Hujung Minggu

 Doh yang dah siap diletakkan topping...sedia untuk dibakar

Mexico Bun/Papa Roti yang siap dibakar...

Resepi Mexico Bun/Papa Roti

Filling :
200 gm mentega
1/2 camt esen vanila
70  gm gula perang

cara-cara :
Pukul mentega dengan mixer dengan kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanila & gula perang. Pukul lagi hingga sebati. Kemudian simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan. 

Topping :
100 gm mentega
80   gm gula icing
2     biji telur gred B (pukul sedikit dengan garpu)
1     camb nescafe (dibancuh dengan 1/2 camb air panas)
100 gm tepung gandum

cara-cara :
Putar mentega dengan kelajuan sederhana beberapa minit hingga kembang sidikit. Perlahan-lahan masukkan telur,gula icing & bancuhan nescafe. Ayak tepung, masukkan ke dalam adunan dan putar pada kelajuan sederhana sehingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk.

Doh Roti :
500 gm tepung gandum/ tepung berprotin tinggi - diayak
2     camt bread improver
2     camt bread softener
75   gm gula castor
3     camt yis mauripan
1     camt garam
1     biji telur - dipukul sedikit
250 ml susu segar
60   gm mentega

Cara-cara :
Tepung, garam dan gula digaul rata didalam mangkuk. Masukkan yis, bread improver, bread softener dan digaul rata. Masukkan telur dan susu segar. Uli adunan hingga menjadi doh. Masukkan mentega kemudian uli lagi hingga adunan menjadi kenyal dan tidak melekat di tangan selama 10-15 minit.

Bahagikan doh kepada 20 bola kecil (sebesar bola golf) dan tutup dengan cling wrap selama 10 minit. Leperkan doh di tapak tangan kemudian masukkan filling dan tutup rapat supaya ia tidak meleleh keluar sewaktu doh di bakar.

Susun doh di atas loyang yang dilenser dengan mentega/tepung. Jarakkan dalam 1 1/2 inci anatara satu sama lain. Rehatkan 45 minit ditempat yang agak panas (warm). Selepas 45 minit, keluarkan topping dari peti ais, masukkan ke dalam piping bag dan paipkan topping di atas bun secara spiral bermula dari top centre.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga bun keperangan. 

**** Kepada ibu-ibu yang anak-anak gemarkan Papa Roti/Mama Roti...boleh cuba resepi ni, mudah je..kalau nak beli satu RM 1.80 Buat sendiri anak-anak boleh makan puas-puas. My hubby pun puji...sedap!!!

Ahad, 1 April 2012

Pes Laksa Sarawak

Khas penduduk Semenanjung M'sia dapatkan Pes Laksa Sarawak Hj Manan/1 paket 200gm, dengan harga istimewa . Dalam setiap pek terkandung Resepi Laksa Sarawak...kepada yang belum mencubanya, jangan lepaskan peluang ini.